}
Selamat Datang Ke Blog Saya! Dah masuk tu, follow je la, ok? XD

Sunday 15 January 2012

Resepi : Puding Karamel

Cara Membuat Puding Karamel:

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
·         -400cc(400ml) susu segar/susu cair
·         -5 sudu besar gula halus
·         -3 biji telur- pada suhu bilik
·         -2 biji telur kuning-pada suhu bilik
·         -2-3 titik esen vanila
·         [ KARaMEL ]
·         -5 sudu besar gula
·        - 2 sudu besar air

Cara-cara
1.      -Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2.      -Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3.      - Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4.      -Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5.      -Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6.      -Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar.  -Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7.       -Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8.       -Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Suka Entry Saya? Follow Jelah!

0 000 bagi wahida coklat:

Post a Comment

-Hai, bloggers!
-Sila tinggalkan komen anda..
-Jangan lupa follow!

♥Jum Melukis♥

Copyright@Semua Entry Kat Atas Ni Hak Milik NurulWahida