}
Selamat Datang Ke Blog Saya! Dah masuk tu, follow je la, ok? XD

Sunday 15 January 2012

Resepi : Cheese Omelette

Cara Membuat Cheese Omelette:


Bahan-bahan ( 1-2 org (3 org pun boleh..share lebih sedap) )
·         Bahan A -
·         ● Cendawan Butang 1 biji (potong ikut selera-kecik atau besaq)
·         ● Tomato (potong dadu)
·         ● Ayam (sikit je)(goreng kemudian potong kecil-kecil)
·         Bahan B -
·         ● Telur 2 biji
·         ● Cili Merah & Hijau (ikut naluri berapa banyak)
·         ● Bawang potong dadu (ikut naluri jugak..)
·         ● Black Pepper (serbuk) secukupnya
·         ● Cukup Rasa secukupnya (kalau xada bleh guna cam biasa iaitu garam dan pak aji)
·         ● Sedikit Mayonnaise
·         ● Sekeping Cheese (ikut naluri nak potong macam mana)
·         ● Sos Cili (jika mahu)
Cara-cara
1.    -Campurkan semua bahan B kecuali CHEESE dan SOS. Gaul sebati.
2.    -Gorengkan bahan A dan ketepikan.
3.    -Dengan api yang sederhana, setelah minyak telah panas, masukkan bahan B ke dalam non stick pan.
4.    -Kemudian, letakkan bahan A ke atas bahan B. (*tujuan diasingkan bahan A dan B tadi ialah ayam dan cendawan mengambil masa lebih sedikit untuk masak jadi jika dimasak sekali dengan bahan B kemungkinan bahan B akan hangus...)
5.   - Masukkan cheese
6.    -Masukkan juga sos cili jika mahu. Kemudian, apabila bahagian bawah dilihat warnanya semakin perang dan bahagian atas juga sudah masak, bolehlah digulungkan dengan skill anda yang heybadd menggunakan spatula. (INGAT!-anda tidak perlu mengalihkan omelette~bawah ke atas..nanti jahanam..nangis plak)
7.    
 Jika anda tidak memasukkan sos ke dalam omelette, anda bolehlah meletakkan sos secukupnya di atas omelette itu!. Camni haa~
8.    -Tada!!~siap (potong kalau mau)


Suka Entry Saya? Follow Jelah!

0 000 bagi wahida coklat:

Post a Comment

-Hai, bloggers!
-Sila tinggalkan komen anda..
-Jangan lupa follow!

♥Jum Melukis♥

Copyright@Semua Entry Kat Atas Ni Hak Milik NurulWahida