}
Selamat Datang Ke Blog Saya! Dah masuk tu, follow je la, ok? XD

Sunday 18 December 2011

Maggi

Assalamualaikum, bloggers! 

Hari ni aku nak cite yang aku suke sgt makan maggi.. kalau setahun makan maggi pun xpe.. hehehe.. korang sanggup ke makan maggi selama setahun? x, kan? Tadi, baru je makan maggi asli.. my favourite maggie is maggi sedaap.. perisa soto & perisa ayam bawang.. sedaap sangat! yelah, nama pun maggi sedaap, kan? xkan x sedap? 

Tapi, kalau 3 hari berturut-turut aku makan maggi, mak aku akan marah aku. "Hai, makan maggi lagi? Hari-hari makan maggi.. X jemu, ke? Maggi ni bukannye elok sangat! Dah, kalau esok makan maggi lagi, mak tak mau beli maggi dah!" Haa.. itulah yang dikatakan oleh mak aku :)

Tapi, apa yang mak aku cakap tu memang betul.. Memang maggi ni tak elok sgt! 

Sebelum mngetahui kesan memakan mee segera,kita seharusnye tahu ape kandungan yg terdapat pada sebungkus mee segera.Kotak di bawah adalah contoh( kotak seperti ini biasanya ditulis di bahagian belakang bungkusan mee segera):

Maklumat pemakanan untuk saiz hidangan : 100 g (3.5 oz)
  • Tenaga 1,895 kJ (453 kcal)
  • karbohidrat 65 g
  • Serat 2.4 g
  • lemak 17 g saturated 7.6 g monounsaturated 6.5 g
  • Protein 9 g
  • Thiamine (Vit. B1) 0.7 mg (54%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0.4 mg (27%)
  • Niacin (Vit. B3) 5.4 mg (36%)
  • Folate (Vit. B9) 147 μg (37%)
  • Iron 4.3 mg (34%)
  • Potassium 120 mg (3%)
  • Sodium 1160 mg (50%)
*satu saiz hidangan:80 g
*peratus adalah berdasarkan US recommendation untuk dewasa

Ulasan berdasarkan maklumat pemakanan di atas:

  • Karbohidrat yg tinggi,rendah di dalam serat,vitamin dan mineral dan jumlah lemak tepu dan trans lemak yg tinggi.


Sebungkus mee segera tidak menepati nutrisi yg diperlukan oleh badan.

Rujuk pyramid makanan di bawah untuk mengetahui jumlah nutrisi yg diperlukan.

Photobucket



  • Sodium(garam) yg tinggi


Berdasarkan Saranan Pengambilan Sodium Amerika Syarikat ,jumlah sodium untuk org dewasa dan kanak-kanak 4 tahun ke atas ialah 2,400mg/hari.Terdapat beberapa jenama melebihi 3,000 mg sodium per paket.

Sodium jika diambil secara berlebihan dan berterusan akan mengundang penyakit tekanan darah tinggi,masalah pada jantung dan kerosakan pada ginjal. Di dalam badan,sodium diproses di dalam ginjal. Walaubagaimanapun,apabila pengambilan sodium tinggi,ginjal tidak dapat memproses kesemua sodium.Disebabkan sodium menahan air,isipadu darah di dalam badan meningkat menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.



Tambahan :

  • Monosodium Glutamate (MSG)

Sebungkus mee biasanya disertakan sepeket kecil perisa tambahan seperti perisa tomyam,kari,atau sup.Perisa tambahan ini mengandungi  Monosodium Glutamate(MSG) iaitu bahan kimia yg digunakan sebagai penambah rasa manis,masin,pahit atau masam.

Berdasarkan United States Food and Drug Administration (FDA),MSG adalah selamat jika diambil secara sederhana.Namun ,jika berlebihan boleh menyebabkan “Simptom MSG kompleks” dan memburukkan lagi simptom asma.Simptom MSG kompleks adalah seperti pening,berpeluh,muka menjadi merah(flushing),sakit dada,lemah badan,tekanan pada muka dan kebas pada muka ,leher dan tempat2 lain.Namun begitu,researcher belum menjumpai bukti kaitan antara MSG dan simptom ini.

  • Wax(lilin)

Ada satu fakta yg mungkin kita tidak tahu,mee segera tersebut biasanya disalut dgn lilin.Fungsi lilin ini adalah untuk mengelakkan mee tersebut dari melekat.Lilin ini mengambil masa 4 hingga 5 hari utk dinyahkan/dibuang dari badan.Oleh itu,cara yg terbaik utk menyediakan mee tersebut ialah dengan:-

1.       Rebus mee di dalam air

2.       Setelah msk, buang air tadi kerana telah bercampur dgn lilin(wax)

3.       Rebus sekali lagi dgn air yg lain sehingga mendidih.Ketika ia benar panas,anda bole mencampurkannya dgn ramuan  yg anda inginkan.

  • Dioxin dan Bahan seperti Hormon

Baru-baru ini timbul kontroversi mengatakan mee segera mengandungi dioxin dan bahan seperti hormone apabila diestrak dari pembungkus dan gam yg digunakan.Apabila air panas ditambah,ini mungkin menyebabkan bahan bahaya ini bercampur dgn kuah mee segera.

*Dioxin ialah kumpulan bahan pencemar terhasil daripada racun rumput,ubat pembasmi kuman dan ejen2 lain



Cadangan:

1. Kurangkan pengambilan mee segera jika ia menjadi makanan rutin anda,cuba jarakkan 4-5 hari.

2. Masaklah dgn cara yg betul seperti yg dinyatakan di atas.

3. Tambahkan sayur-sayuran ,daging,ayam,ikan atau telur.Ini penting supaya diet seimbang dapat dicapai.

4. Rajinkan diri untuk memasak makanan yg lebih berkhasiat
Haa, itu dia.. :)
TOODLES,
MyEm0.Com

Suka Entry Saya? Follow Jelah!

0 000 bagi wahida coklat:

Post a Comment

-Hai, bloggers!
-Sila tinggalkan komen anda..
-Jangan lupa follow!

♥Jum Melukis♥

Copyright@Semua Entry Kat Atas Ni Hak Milik NurulWahida