Itulah yang terjadi kat aku.. Rumah aku ni selalu sgt ular masuk.. Tak tahu la ade ape kt umah aku ni? ade katak ke? kucing ade la.. Kang tak pasal2 kucing aku cakar kau, ULAR!! First time, ular masuk waktu tahun lepas kot.. Mak aku nak start enjin kereta nak pergi pekan.. tiba-tiba... "BANG!! ULAR, BANG!!" Ha, macam tu la mak aku jerit.. Ayah aku punya la terkejut. Pastu semua orang keluar.. Nasib baik rumah aku tu rumah kedai.. and asing dari tempat lain.. Dahlah, masu tu kedai dh tutup.. tinggal keluarga aku jee.. Kalau ade pekerja2 lelaki kat kedai kitorang tu ade lagi, boleh la tolong.. Ni ayah aku and abang aku jelah yang tangkap.. Punya la susah tangkap.. Warna ape? Haa,, ular tu warna kuning!
2nd time pulak masa mak aku nak ambil baju yang nak dibasuh kt dalam bakul. Mak aku ambil satu2.. tibe-tibe.. "ULARR!!!" sekali lagi mak aku menjerit.. Nasib tak baik mak aku.. dah 2 kali kena.. Nasib baik masa tu kedai buka! Ada la pekerja2 lelaki tolong.. Semua masuk kat dalam rumah.. nak tolong.. Waktu mak aku jeri, aku tengah main batu seremban.. dah 98.. 2 lagi.. bile dah nak 100, mak aku jerit ular! terkejut aku dibuatnya! Warna pe? Sekarang ni warna hitam lak!
3rd time tak dahsyat sgt.. sebab aku je yang nampak.. Masa tu aku main kat luar.. tiba2 aku nampak ular.. kaku.. terdiam.. macam tu la reaksi aku.. Aku berlari masuk ke dalam rumah. Aku bagitau ayah aku dengan teragap-agap.. Bile ayah aku cari balik ular tu, hilang? tak tahu pergi mana?
4th time waktu aku nak bagi makan Ciko. Mak Coki tu dah byk mkn. So, aku and mak aku pun suruh die keluar.. Bile die dah keluar, aku and mak aku tengok kt tingkap.. Tiba- tiba, tepi mak Ciko ade ular!!!!!!!!! Hai, ular lagi! Aku and mak aku terus cari ayah aku.. Ayah aku cari lagi mana ular tu pergi? Xde juga.. Hmmm...
5th time waktu aku tidur.. Abang aku tgh surfing internet.. Aku ni tengah tidur nyenyak atas katil.. Abg aku terdengar bunyi ular.. Tengok tepi meja komputer.. Ade ular kuning! Semua masuk rumah.. and tangkap!
Dan itulah cerita aku hari ni.. penat tangan nak tulis sampai kali ke 6.. Bye.. Kepada anda semua, kena berhati-hati tau!
0 000 bagi wahida coklat:
Post a Comment
-Hai, bloggers!
-Sila tinggalkan komen anda..
-Jangan lupa follow!