}
Selamat Datang Ke Blog Saya! Dah masuk tu, follow je la, ok? XD

Monday, 19 December 2011

Adlin Aman Ramli dan Chef Wan Berperang!!

Hai, readers! Korang tahu x lagi ttg peperangan Adlin Aman Ramli dan Chef Wan? Bukan perang pistol tau.. perang mulut jee.. Adlin yang berang dengan kritikan Chef Wan pada episod minggu kelapan MLM baru-baru ini mengumumkan bahawa peperangan mereka akan berlangsung menerusi laman sosial Facebook di Fan Page masing-masing.
Anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham AR Tompel itu membidas Chef Wan yang membawa kritikannya keluar dari pentas MLM sehingga ke Facebook dan beliau akan mempertahankan diri dengan pandangannya mengenai pengkritik MLM itu sebagai juri program tersebut.
“Guys, announcing ‘A NEW BATTLE FIELD via FB FAN PAGE between ADLIN AMAN RAMLIE and CHEF WAN’.
“It seems like Maharaja Lawak Mega Platform is too small for CHEF WAN to membebel and berleter tentang betapa bersalah dan buruknya tingkahlaku ADLIN sampai dia terbawak-bawak ke dalam cyber space ni menjelaskan betapa ‘rasional’nya dia dalam semua pengucapan dan tindakannya, i’m here to defend myself and share my tots to you all on what i think of Chef Wan as a jury!,” katanya di Fan Page Facebooknya. Juri MLM yang ditugaskan mengkritik persembahan tersebut, Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan Adlin menggunakan ‘prop’ dengan baik namun gagal membuatnya ketawa dengan pengisian lawak jenaka yang dipersembahkan.
“Dari segi penggunaan prop tu saya puji..tapi dari segi lawak tu kurang la..takde la bang,” kata penyanyi diva negara itu.
Kemudian, mungkin mahu melahirkan rasa kecewanya terhadap persembahan Adlin, Chef Wan menyambung kritikan teruk terhadapnya dengan memberitahu Adlin hanya merapu dan meroyan di atas pentas tanpa lawak sebenar.
“Saya gelak tu bukan kerana lawak you tu, tapi gelak tu apa yang you merapu sangat..meroyan.
“That’s what I feel you know..I don’t know..merapu sangat..that makes me ketawa tau..ketawa bukan kerana lawak tu..tapi kerana merapu you tu,” kritik Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.
*Kritikan Chef Wan terhadap Adlin di Fan Page Facebooknya.


Berikut adalah di antara tulisan-tulisan Adlin yang menyerang Chef Wan yang diperoleh dari laman blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com;




Bagaimanapun, Chef Wan yang terkenal dengan kritikan pedas dan leterannya termasuk kepada  anaknya Chef Riz, belum lagi membalas serangan terhadap Adlin di Fan Page miliknya.
TOODLES,

Suka Entry Saya? Follow Jelah!

2 comments:

-Hai, bloggers!
-Sila tinggalkan komen anda..
-Jangan lupa follow!

♥Jum Melukis♥

Copyright@Semua Entry Kat Atas Ni Hak Milik NurulWahida